Wednesday, April 04, 2007
|| Sekolah Kluster Berasaskan Kemahiran ||
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Sekolah kluster atau kelompok sekolah
cemerlang (KSC) akan menggunapakai penilaian berasaskan kemahiran dan
bukan berorientasikan peperiksaan untuk melahirkan pelajar cemerlang
dan bersifat global, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein.
Hishammuddin berkata pendekatan itu adalah antara lima kriteria
yang akan dilaksanakan di KSC selain penggantian sistem penggal kepada
sistem semester, pengurangan mata pelajaran, ujian kebolehan am dan
pengenalan beberapa subjek baru seperti mata pelajaran seni kreatif.
Katanya sebagai permulaan pendekatan itu akan dilaksanakan oleh 30
sekolah kluster berpotensi daripada 300 sasaran KSC yang akan diumumkan
akhir bulan ini.
"Kita akan mengkaji pelaksanaan kriteria itu... Apa yang penting
(perubahan) itu perlu diterima kelompok terbabit seperti ibu bapa,
guru-guru dan pentadbiran sekolah," katanya kepada pemberita di lobi
Parlimen hari ini.
Hishammuddin mengulas perkembangan terkini sekolah kluster yang
bertujuan melahirkan sekolah kelompok cemerlang yang mempunyai standard
setaraf dengan sekolah cemerlang antarabangsa selaras dengan
pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata pelaksanaan sistem penilaian
yang berasaskan kemahiran (bukan berorientasikan peperiksaan) hanya
akan dilaksanakan di sekolah kluster sahaja.
Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan
diketahui selepas kajian terhadap 30 sekolah kluster perintis itu
dijalankan selain tahap penerimaan kelompok terbabit seperti ibu bapa,
guru dan pentadbiran sekolah.
"Ini tidak bermakna kita akan melupakan sekolah lain," katanya.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau),
Hishammuddin berkata kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan sama
sekali sistem peperiksaan di peringkat sekolah ataupun di peringkat
awam sebaliknya sedang mengkaji dan menilai sistem pendidikan supaya
tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.
Beliau berkata kementeriannya sedang mengkaji sistem peperiksaan
yang diamalkan sekarang supaya ia berasaskan sekolah dan lebih holistik.
"Sistem penilaian dan pentaksiran sedia ada sebenarnya sedang
diteliti semula. Kita sedang menilai kesesuaian sebagai contoh mengubah
cara kita menilai pencapaian anak kita dengan mengubah penekanan dalam
peperiksaan awam daripada terlalu berasaskan kandungan kepada yang
lebih berasaskan kemahiran.
"Atau daripada yang bersifat ujian pencapaian kepada yang bersifat
ujian kebolehan, di samping mengurangkan bilangan mata pelajaran
tertentu di peringkat sekolah," katanya.
Hishammuddin berkata kerajaan juga sedang mencari kaedah
pentaksiran yang mampu menggalakkan pembinaan jati diri pelajar-pelajar
dalam mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Seni dan Pendidikan
Jasmani.
"Selain mengubah kaedah pentaksiran, beberapa perubahan juga perlu
dilaksanakan secara serentak untuk meneliti dan membuat perubahan dalam
aspek penyediaan kurikulum dan juga huraian sukatan mata pelajaran
kepada latihan guru dan juga kaedah penaziran," katanya.
-- BERNAMA --
Senarai Sekolah Kluster :Sekolah Kebangsaan: SK Sultan Idris 2 (Perak), SK Infant Jesus Convent (Johor), SK Sri Gaya (Sabah) dan SK Zainab 2 (Kelantan), SMKA: SMKA Al-Manshoor (P. Pinang), SMKA Sharifah Rodziah (Melaka) dan SMKA Sheikh Abdul Malek (Terengganu), SMT: SMT Tawau (Sabah) dan SMT Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan), SMK:
SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Bukit Nanas, SMK Victoria,
(kesemuanya di Kuala Lumpur), SMK St JohnSMK Penang Free (P. Pinang), (Selangor), SMK (P) Sri
AmanSMK Sultanah Asma (Kedah), SMK Sultan Sulaiman
(Terengganu), SMK Abdul Rahman Talib (Pahang), SMK Derma (Perlis), SMK
Gunung Rapat (Perak), SBP: Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya),
(Selangor), Kolej Islam Sultan Alam ShahKolej Tunku Kurshiah (Negeri
Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak) dan Sekolah Menengah
Sains Tengku Muhammad Faris Petra (Kelantan).
Posted at 12:17 am by ateera
Permalink
Saturday, January 27, 2007
|| I'm Back Again Here ||
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,
Lepas SPM ni dah jarang update blog ni. Dulu semangat berkobar je. Tapi hari ni terpanggil untuk teruskan dengan blog ni. Untuk dimanfaatkan oleh adik yang akan menduduki SPM pada tahun ini dan juga buat sesiapa yang ingin mencari link yang mereka kehendaki. Tapi tak semua ada. Kebanyakannya tertumpu pada akademik. Link yang terdapat disini akan ditambah pada semasa ke semasa. Selalu la jenguk blog ni.
My main blog :
My Others Blog :
Upcoming Blog :
Setakat ini cukuplah 4 dahulu. Ada ilham baru nnt, leh tambah lagi. InsyaAllah~ Lawatlah blog tu eh. Kedatangan anda amat dialu-alukan.
email me at : amal_89z
Sekian dahulu, good luck for all. Wassalamu'alaik.
Posted at 01:15 pm by ateera
Permalink
Saturday, June 03, 2006
|| Recall about monocots and dicots ||

Tumbuhan Monokotiledon :
hanya mempunyai 1 kotiledon
daun berurat selari
bunga disusun 3 pusaran
batang lembut dan tidak berkayu
akar serabut

Tumbuhan dikotiledon :
ada 2 kotiledon
daun berurat jejala
bunga disusun 4 atau 5 pusaran
batang keras, berkayu
akar tunjang
- wassalam -
Posted at 08:56 pm by ateera
Permalink
Thursday, June 01, 2006
|| Promosi Link Terbaru ||

Tujuan mengadakan Portal Bahasa Melayu ini ialah berkongsi bahan pengajaran bahasa Melayu di kalangan guru-guru dan murid-murid. Diharapkan, perkongsian ini dapat membantu serta memudahkan tugas guru, dan memberi kesan positif kepada para pelajar. Matlamat ini hanya tercapai jika ramai ahli yang bersedia untuk berkongsi dan mengambil bahagian secara aktif. Semoga dapat dimanfaatkan bersama.
- wassalam -
Posted at 09:28 pm by ateera
Permalink
Sunday, May 21, 2006

- wassalam -
Posted at 10:08 am by ateera
Permalink
Thursday, May 18, 2006
Sebaik-baik Hiasan di Dunia

- wassalam -
Posted at 10:05 am by ateera
Permalink
|
|